Tuesday, 17 December 2013

Memantapkan Akidah, Menyatukan Ummah Bahagian 1: Cabaran Terhadap Akidah

Apabila berbicara mengenai akidah, sudah parti ramai yang tahu bahawa isu ini bukan satu isu yang remeh serta boleh di ambil mudah. Akidah merupakan satu perkara yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Akidah merupakan subjek yang paling utama dalam kehidupan manusia, terutama bagi mereka yang menganuti agama Islam. Persoalannya sekarang, adakah umat Islam pada hari ini mampu mempertahankan akidah mereka dalam dunia yang penuh dengan cabaran ini..??



CABARAN TERHADAP AKIDAH  PADA ZAMAN MODEN

Zaman sekarang sudah jauh berbeza dengan zaman dahulu. Pada zaman ini, banyak cabaran yang perlu di tempuhi oleh setiap umat manusia. Antara cabaran yang paling sukar adalah mempertahankan akidah Islam yang terdapat dalam diri kita.  Pada zaman ini, pelbagai aliran pemikiran yang mampu menggugah akidah telah terbentuk Aliran pemikiran ini disebarkan melalui pelbagai medium barat seperti televisyen, radio dan laman sosial. Antara aliran pemikiran yang semakin menular dalam masyarakat di seluruh dunia pada hari ini adalah Aliran Pemikiran Sekularisme, iaitu pemisahan antara dunia dan agama. Pada masa ini, Akidah sudah dianggap tidak relevan untuk di bincangkan di dalam bidang ilmu. Ini kerana menurut pandangan barat yang rata-rata mempunyai fahaman sekular, setiap pengetahuan yang tidak mempunyai bukti empirikal atau rasional thingking tidak layak di gelar ilmu. Oleh itu, pada hari ini, isu agama dan akidah hanya di anggap sebagai isu budaya dan hanya dibincangakn di dalam konteks  sains sosial sahaja. 


Gambar Hiasan: Bahayanya Sekularisme terhadap akidah Umat Islam


Selain aliran sekularisme, antara aliran lain yang menjadi cabaran kepada akidah adalah Aliran Pemikiran Positivisme yang diperkenalkan oleh Auguste Comte. Menurut aliran pemikiran Positivisme, manusia akan melalui tiga peringkat iaitu:

i. Tahap Teological : Pada tahap ini, manusia percaya pada Tuhan kerana mereka tidak tahu sebab berlakunya sesuatu. Pada zaman Primitif, manusia tidak mampu untuk berfikir dan mencari sebab di sebalik sesuatu kejadian. Oleh sebab itu, mereka percaya bahawa Tuhan merupaka sebab berlakunya sesuatu kejadian. 

ii. Tahap Metafizikal : Pada tahap ini, manusia tidak membincangkan tentang Tuhan, sebaliknya hanya berbincang mengenai metafizik. Selain itu, manusia pada tahap ini akan mengganggap Tuhan itu sebenarnya alam semesta yang berfungis secara semula jadi dan mengikut 'Law Of Nature'

iii. Tahap Positivisme : Pada tahap ini, manusia tidak lagi memerlukan Tuhan. Ini kerana, mereka mampu memanipulasi alam dengan menggunakan sains. Contohnya, mereka boleh menghasilkan hujan dengan menggunakan teknologi sains.

Gambar Hiasan: Orang yang beragama di anggap Primitif..Kerana itu Positivisme menolak konsep Ketuhanan


Secara keseluruhannya, pemikiran positivisme beranggapan, kepercayaan kepada konsep ketuhanan merupakan pemikiran yang Primitif. Oleh itu, mereka yang berpegang kepada aliran pemikiran jenis ini menolak konsep ketuahanan dan amalan agama hanya dilihat sebagai suatu budaya yang di amalkan oleh sesetengah masyarakat. 

Daripada kedua-dua aliran pemikiran ini, maka wujudlah satu pemikiran lain yang dikenali sebagai Pluralisme. Aspek Pluralisme agama diwujudkan sebagai usaha untuk mengurangkan jurang di antara agama-agama yang diamalkan oleh masyarakat dunia. Dalam pluralisme, umat Islam perlu bertoleransi dengan agama lain. Melalui pahaman pemikiran ini juga, umat Islam tidak layak untuk mengaku bahawa agama Islam adalah lebih betul dari Buddha, Kristian, Yahudi dan lain-lain agama kerana tiada bukti empirikal yang mampu diutarakan oleh umat Islam. Jadi, orang Islam tidak boleh mengatakan agama lain salah, dan agama ini betul selagi mana Islam masih belum terbukti betul secara empirikal.

Kesimpulannya, Sekularisme, Positivisme dan Pluralisme merupakan antara aliran pemikiran yang cukup berbahaya kepada Akidah umat Islam. Sampai disini sahaja dahulu perbincangan kita setakat ini. Insyaallah dimasa hadapan banyak lagi isu y akan dikongsikan dengan anda semua. 



Ustaz Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin Al-Azhari


* Artikel ini dipetil dari Perbentangan Kertas Kerja Islamic Garden bertajuk 'Memantapkan Akidah, Menyatukan Ummah' yang dibentangkan oleh Ustaz Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin Al-Azhari.
** Sekiranya terdapat kekurangan/kelemahan/teguran, bolehlah di nyatakan di ruangan komen..


 Shila Yunus, Disember 2013

No comments:

Post a Comment