Thursday 19 December 2013

Ilmu Bermenfaat Saham Akhirat

Baru-baru ini, saya telah menghadiri satu kuliah Tafakuh yang di telah dijalankan di Dewan Al-Ghazali, Masjid Sultan Ismail UTM. Dan pada hari itu, seorang ustaz telah dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan kuliah tafsir Al-Quran. Dan dalam kuliah kali ini, ustaz tersebut telah menyampaikan tafsir surah Al-Ahqaf, Ayat ke 15. 

Dalam ayat ini Allah menjelaskan tentang peranan orang 'Dewasa'. Definisi Dewasa itu berbeza-beza mengikut pandangan ulamak. Ada yang mentafsirkan usia 'Dewasa' 18 Tahun, 20 Tahun, 33 Tahun, 36 Tahun dan 40 Tahun. 

Kata-kata Imam Ghazali yang dipetik dari kitab Ayyuhal Walad. 

Di dalam kuliah pada kali ini juga, Ustaz ada menyentuh tentang apakah perkara yang perlu di buat oleh orabg dewasa. Terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan apabila kita sudah mencapai umur dewasa. Antaranya termasuklah:

1. Muhasabah diri
2. Wariskan sesuatu yang bermenfaat
3. Memperbaharui semua aspek kehidupan
4. Berdakwah




MEWARISKAN SESUATU YANG BERMENFAAT 

Mewariskan sesuatu yang bermenfaat boleh jadi saham kita di akhirat kelak. Ini kerana, apabila kita mewariskan sesuatu, dan ramai mendapat menfaat daripada apa yang kita wariskan, maka pahala akan sentiasa ada buat kita. Antara jalan mudah untuk mewariskan sesuatu yang bermenfaat adalah dengan bersedekah dan mewakafkan harta kita di jalan Allah...


Namun, sekiranya kita tidak mampu untuk mewariskan sesuatu yang memerlukan pengorbanan dari sudut wang ringgit, masih terdapat jalan lain yang boleh dijadikan saham akhirat. Antaranya termasuklah berkongsi ilmu dan kepakaran yang kita ada kepada orang lain dengan harapan orang tersebut akan memenfaatkan ilmu/kepakaran tersebut.

Kita ambil contoh mudah. Kolonel Sanders telah mereka satu resipe istemewa dalam menyediakan ayam goreng. Resipi ayam goreng yang di rekanya telah berjaya menapak di lebih 80 buah negara serta kelazatan resipe ayam  goreng itu dapat dinikmati oleh berjuta-juta manusia di seluruh dunia. Sekiranya Kolonel Sanders ini adalah seorang muslim, kita boleh bayangkan betapa banyaknya pahala yang diperolehi oleh beliau kerana berkongsi resipe tersebut degan orang lain.

Gambar Hiasan: Kolonel Sander pemilik asal resipe Kentucky Fried Chicken (KFC)



Contoh kedua. Terdapat seorang Ustaz yang paginya menoreh getah, petangnya mengajar. Tiap-tiap pagi, ustaz ini menoreh getah. Oleh kerana tidak mempunyai kepakaran, maka pokok getah itu ditoreh mengikut 'sesedap rasa' sahaja. Sehinggalah suatu hari, datang seorang Cina mengajarkan cara yang betul kepada ustaz ini. Lalu ustaz ini berkata, sekiranya orang cina yang datang mengajarkan dia cara-cara menoreh getah dengan betul ini adalah orang Islam, bertapa banyaknya pahala yang diperolehi oleh orang cina ini setiap kali Ustaz ini menoreh getah.

Contoh ketiga. Apabila kita memberi nota-nota kuliah kita kepada junior-junior kita.. atau barangkali berkongsi ilmu dengan kawan-kawan kita, kita akan mendapat pahala berterusan selagi mana ilmu yang diperoleh oleh kawan-kawan atau junior-junior kita itu digunakan dan bermenfaat bagi diri mereka. subhanallah...


Lihat, bertapa mudah sebenarnya untuk menanam saham akhirat. Jadi, jangan kedekut untuk berkongsi sebarang kepakaran yang kita ada selagi mana ianya mampu memberi menfaat kepada orang lain. Ini kerana, setiap kali orang mendapat menfaat daripadanya, maka pahala akan terus mengalir dan mengalir.  Semoga perkongsian saya pada kali ini mampu memberi menfaat..serta mendapat saham di akhirat kelak. Amin..



SEPOTONG DOA YANG DIAJARKAN OLEH NABI ALLAH, DAUD

Sebelum mengakhiri entri saya pada kali ini, saya ingin berkongsi satu doa yang di ajarkan oleh Nabi Daud A.S. Doa ini merupakan sepotong ayat dalam surah Al-Ahqaf ayat 15. 



Doa ini dibacakan oleh Nabi Daud ketika baginda sudah dewasa,setelah mencapai usia 40 Tahun. 


Semoga entir ini mampu memberi ilmu yang bermenfaat kepada semua yang membacanya. Insyaallah..

*artile ini berdasarkan kuliah tafakuh yang disampaikan oleh Ustaz Ajmain.
**sekiranya terdapat sebarang kesilapan dalam penulisan, boleh disalurkan ke ruangan komen

Tuesday 17 December 2013

Memantapkan Akidah, Menyatukan Ummah Bahagian 1: Cabaran Terhadap Akidah

Apabila berbicara mengenai akidah, sudah parti ramai yang tahu bahawa isu ini bukan satu isu yang remeh serta boleh di ambil mudah. Akidah merupakan satu perkara yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Akidah merupakan subjek yang paling utama dalam kehidupan manusia, terutama bagi mereka yang menganuti agama Islam. Persoalannya sekarang, adakah umat Islam pada hari ini mampu mempertahankan akidah mereka dalam dunia yang penuh dengan cabaran ini..??



CABARAN TERHADAP AKIDAH  PADA ZAMAN MODEN

Zaman sekarang sudah jauh berbeza dengan zaman dahulu. Pada zaman ini, banyak cabaran yang perlu di tempuhi oleh setiap umat manusia. Antara cabaran yang paling sukar adalah mempertahankan akidah Islam yang terdapat dalam diri kita.  Pada zaman ini, pelbagai aliran pemikiran yang mampu menggugah akidah telah terbentuk Aliran pemikiran ini disebarkan melalui pelbagai medium barat seperti televisyen, radio dan laman sosial. Antara aliran pemikiran yang semakin menular dalam masyarakat di seluruh dunia pada hari ini adalah Aliran Pemikiran Sekularisme, iaitu pemisahan antara dunia dan agama. Pada masa ini, Akidah sudah dianggap tidak relevan untuk di bincangkan di dalam bidang ilmu. Ini kerana menurut pandangan barat yang rata-rata mempunyai fahaman sekular, setiap pengetahuan yang tidak mempunyai bukti empirikal atau rasional thingking tidak layak di gelar ilmu. Oleh itu, pada hari ini, isu agama dan akidah hanya di anggap sebagai isu budaya dan hanya dibincangakn di dalam konteks  sains sosial sahaja. 


Gambar Hiasan: Bahayanya Sekularisme terhadap akidah Umat Islam


Selain aliran sekularisme, antara aliran lain yang menjadi cabaran kepada akidah adalah Aliran Pemikiran Positivisme yang diperkenalkan oleh Auguste Comte. Menurut aliran pemikiran Positivisme, manusia akan melalui tiga peringkat iaitu:

i. Tahap Teological : Pada tahap ini, manusia percaya pada Tuhan kerana mereka tidak tahu sebab berlakunya sesuatu. Pada zaman Primitif, manusia tidak mampu untuk berfikir dan mencari sebab di sebalik sesuatu kejadian. Oleh sebab itu, mereka percaya bahawa Tuhan merupaka sebab berlakunya sesuatu kejadian. 

ii. Tahap Metafizikal : Pada tahap ini, manusia tidak membincangkan tentang Tuhan, sebaliknya hanya berbincang mengenai metafizik. Selain itu, manusia pada tahap ini akan mengganggap Tuhan itu sebenarnya alam semesta yang berfungis secara semula jadi dan mengikut 'Law Of Nature'

iii. Tahap Positivisme : Pada tahap ini, manusia tidak lagi memerlukan Tuhan. Ini kerana, mereka mampu memanipulasi alam dengan menggunakan sains. Contohnya, mereka boleh menghasilkan hujan dengan menggunakan teknologi sains.

Gambar Hiasan: Orang yang beragama di anggap Primitif..Kerana itu Positivisme menolak konsep Ketuhanan


Secara keseluruhannya, pemikiran positivisme beranggapan, kepercayaan kepada konsep ketuhanan merupakan pemikiran yang Primitif. Oleh itu, mereka yang berpegang kepada aliran pemikiran jenis ini menolak konsep ketuahanan dan amalan agama hanya dilihat sebagai suatu budaya yang di amalkan oleh sesetengah masyarakat. 

Daripada kedua-dua aliran pemikiran ini, maka wujudlah satu pemikiran lain yang dikenali sebagai Pluralisme. Aspek Pluralisme agama diwujudkan sebagai usaha untuk mengurangkan jurang di antara agama-agama yang diamalkan oleh masyarakat dunia. Dalam pluralisme, umat Islam perlu bertoleransi dengan agama lain. Melalui pahaman pemikiran ini juga, umat Islam tidak layak untuk mengaku bahawa agama Islam adalah lebih betul dari Buddha, Kristian, Yahudi dan lain-lain agama kerana tiada bukti empirikal yang mampu diutarakan oleh umat Islam. Jadi, orang Islam tidak boleh mengatakan agama lain salah, dan agama ini betul selagi mana Islam masih belum terbukti betul secara empirikal.

Kesimpulannya, Sekularisme, Positivisme dan Pluralisme merupakan antara aliran pemikiran yang cukup berbahaya kepada Akidah umat Islam. Sampai disini sahaja dahulu perbincangan kita setakat ini. Insyaallah dimasa hadapan banyak lagi isu y akan dikongsikan dengan anda semua. 



Ustaz Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin Al-Azhari


* Artikel ini dipetil dari Perbentangan Kertas Kerja Islamic Garden bertajuk 'Memantapkan Akidah, Menyatukan Ummah' yang dibentangkan oleh Ustaz Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin Al-Azhari.
** Sekiranya terdapat kekurangan/kelemahan/teguran, bolehlah di nyatakan di ruangan komen..


 Shila Yunus, Disember 2013

Fiqh Kewanitaan dan Kekeluargaan Islam Bahagian 1: Tabarruj

Bismillahirrahmanirrahim

Allahumma solli ‘ala saiyidina Muhammad, wa ‘ala alihi saiyidina Muhammad
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah, tuhan semesta alam. Hujung minggu yang lalu (29 November – 1 Disember) telah menyaksikan “penebaran sayap-sayap malaikat” di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia. Sebuah dewan yang mungkin menggamit memori mahasiswa UTM, kerana di situlah tempat dimana minggu pertama kita beraktiviti semasa minggu orientasi; dan di situ jualah tempat terakhir kita bergelar mahasiswa, ketika minggu penganugerahan ijazah. Namun perkongsian ini bukan berkenaan minggu orientasi mahupun minggu konvokesyen, bahkan penulisan ini adalah berkaitan dengan sebuah majlis ilmu yang begitu banyak manfaatnya kepada para peserta yang hadir. Tahniah kepada Persatuan Mahasiswa Islam (PMIUTM) yang telah berjaya menganjurkan program ini.

Pelbagai slot yang mendidik jiwa telah berlangsung selama 3 hari 2 malam sepanjang program tersebut. Penulisan ini akan memfokuskan kepada slot fiqh kewanitaan dan kekeluargaan Islam yang telah disampaikan oleh Ustazah Noor Laila Aniza Binti Zakaria. Sungguh beruntung semua peserta yang telah dipilih oleh Allah untuk berada dalam slot ini. Banyak ilmu yang telah disampaikan oleh Ustazah Noor Laila Aniza. Antaranya adalah berkaitan tabarruj, permasalahan kesucian wanita dan sedikit perkongsian berkaitan fiqh kekeluargaan.

Baiklah, apakah yang dimaksudkan dengan tabarruj? Dalam perkataan yang mudah, tabarruj boleh difahami sebagai berhias yang dilarang. Atau menunjukkan perhiasan yang tak patut ditunjuk. Atau menunjukkan kecantikan secara berlebihan. Sebagai seorang wanita, semestinya kita tahu bagaimanakah tahap yang boleh dikategorikan sebagai tabarruj. Namun bagi memudahkan para pembaca, saya kongsikan sedikit cara yang Ustazah Noor Laila Aniza ajarkan tentang bagaimana untuk mengetahui seandainya kita telah bertabarruj. Menurut beliau, seandainya kawan kita dapat melihat warna-warna yang disapukan ke atas muka kita dari jauh lagi, maka itulah tabarruj. Atau perhiasan seperti gelang kaki yang berbunyi. Atau bau minyak wangi yang terhidu sebelum dan selepas seseorang wanita melalui sesuatu kawasan. Fuh, dahsyat kan kalau orang perempuan berhias? Sebelum orangnya sampai, baunya dah sampai dahulu. Bahkan selepas dia berlalu, baunya masih berbekas. Namun malangnya, itu bukan cara berhias bagi seorang wanita muslim yakni muslimah. Itu adalah cara berhias bagi wanita pada zaman jahiliah. Semoga kita semua dijauhkan daripada tergolong dalam golongan ini, nauzubillahiminzaalik.


Larangan tabarruj ini telahpun ditetapkan oleh Allah swt dalam qalamNya yang maha sempurna: 
“Perempuan-perempuan tua yang telah berhenti haid dan kehamilan yang tidak ingin menikah lagi, tidaklah dosa atas mereka menanggalkan pakaian mereka tanpa bermaksud menampakkan perhiasannya (tabarruj).” Surah an-Nuur: 60.

Daripada ayat di atas, dapat difahami bahawa sedangkan wanita yang telah menopause pun dilarang untuk melakukan tabarruj, apatah lagi kita wanita Islam yang masih muda, dan masih ada keinginan untuk bernikah! Maka kesimpulannya, sesungguhnya larangan bertabarruj itu ditujukan kepada semua wanita Islam.

Secara ringkasnya, berikut merupakan perbuatan yang termasuk dalam kategori tabarruj seperti yang disampaikan oleh Ustazah Noor Laila Aniza:
  1. Mengenakan pakaian yang nipis dan ketat
  2. Mengenakan wangian di hadapan lelaki yang bukan mahram
  3. Berhias terhadap lelaki-lelakiasing (yang bukan mahram atau suami)
  4. Berdandan berlebihan
  5. Membuka sebahagian aurat
  6. Menghilangkan/mewujudkan tahi lalat dan meratakan gigi

Sesungguhnya masih banyak lagi perbuatan-perbuatan yang boleh dikategorikan sebagai tabarruj, andai kita amati dari segi takrifan tabarruj itu sendiri. Namun Islam datang dengan sempurna dan penuh kesederhanaan. Larangan tabarruj bukan bermakna tidak membenarkan sama sekali seseorang wanita Islam untuk memakai secalit bedak pun di wajahnya, bukan melarang untuk memakai sedikit wangian untuk menghilangkan bau badan,  dan bukan juga perlu berpenampilan selekeh agar tidak diklasifikasikan sebagai tabarruj. Bukan sama sekali. Namun Islam mementingkan kesederhanaan dan keselamatan para penganutnya. Betapa beruntungnya kita sebagai salah seorang daripada umat Islam!

Gambar Hiasan: Berfesyen tidak salah. tapi jangan terlalu berlebihan dan pastikan aurat sentiasa terjaga
Berbincang soal tabarruj, pasti berkait dengan aurat. Pada umur 18 tahun ke atas (merujuk kepada umur pelajar universiti), sudah tentu kebanyakan daripada kita telah pun mengetahui apa batas-batas aurat yang telah ditetapkan oleh Allah swt kepada wanita Islam. Seandainya ada yang terlupa, di sini ingin saya ingatkan, aurat seorang wanita di hadapan lelaki yang bukan mahram adalah seluruh anggota badan kecuali muka dan kedua-dua pergelangan tangan. Maka selain muka dan tapak tangan, seluruh anggota tubuh seorang wanita Islam sepatutnya terlindung daripada mata kasar.

Daripada perbincangan aurat tadi, terbit soalan dalam minda, wajibkah mamakai stoking? Jawapannya tidak wajib. Yang wajib adalah menutup aurat. Tutuplah dengan apa cara sekalipun, asalkan tidak mendedahkan aurat. Jika berkeyakinan untuk memakai “boot Phua Chu Kang” ke mana-mana, silakan. Asalkan tidak menampakkan aurat (dalam konteks ini kaki). 

Gambar Hiasan: Boot Phua Chu Kang..


Kemudian Ustazah Noor Laila Aniza juga berkongsi tentang pemakaian telekung yang fabriknya jenis lycra yang sedang menjadi trend pada masa kini. Menurut beliau, telekung tersebut boleh menyebabkan solat yang dilakukan tidak sah, kerana menampakkan bentuk tubuh badan. Mana-mana pakaian yang menampakkan bentuk badan secara jelas, adalah dilarang dalam Islam. Begitulah dengan kain jenis lycra yang melekap di atas tubuh dan menampakkan bahagian “seksi” seorang wanita.


Gambar Hiasan: Berhati-hati dalam memilih telekung. Jangan sampai solat kita tidak sah disebabkan tersalah pilih.

Maka sebagai seorang wanita muslim yang ingin menjaga aurat dengan sempurna, kita harus pandai memilih pakaian dan perhiasan yang sepatutnya. Firman Allah swt, “Dan pakaian takwa itulah yang paling baik.”

Banyak lagi ilmu yang dikongsikan oleh Ustazah Noor Laila Aniza sepanjang 2 jam setengah membentangkan kertas kerja fiqh kewanitaan dan kekeluargaan dalam program Islamic Garden yang berlangsung tempoh hari. Namun di kesempatan ini, hanya ilmu yang sedikit ini yang dapat saya kongsikan dengan para pembaca. Terima kasih kerana sudi membaca. Segala kebaikan adalah daripada Allah swt yang maha sempurna, dan segala kelemahan berpunca daripada kekurangan diri penulis yang maha lemah ini, namun hakikatnya segala-galanya berbalik kepada penguasa alam buana, Allah swt yang maha Agung dengan segala kebesarannya. Semoga Allah mengizinkan kita semua mengamalkan segala ilmu yang telah kita pelajari. 


Nur Indah Sukir, Disember 2013